Thursday 3 November 2011

operation lipoma :( ♥

21.10.2011 da la time birthday kena operate pulak :(
pagi-pagi lagi da pergi hospital sungai buloh kat bahagian surgery... Okay, perasaan time tu takut semua ada... Sebab sebelum niey memang tak pernah operate apa-apa kena jahit pun tak pernah... Nasib baik mama, ayah n acap ( my dear yang selalu ada dalam semua hal susah or senang )









niey picture sebelum operation... Dalam wad lagi niey...


sebelum operation nurse yang bawak dari wad surgery pergi bilik pembedahan... Time nurse bawak tu da memang mgigil-gigil da satu badan sebab takut... bilik operation pulak jauh... Mase operation sangat-sangat la sakit walaupun diew da bius kat tempat yang nak operate tu... Tapi still rase la sakit and doctor pun bagi bius lagi... Rasenya banyak la doctor da bius sampai kan tangan kiri tak boleh angkat lepas operation tu... Mase operation tu memang menangis-nangis sampai bengkak mata sebab tahan sakit punya pasal... 


 Sampai nurse kena pujuk... Tapi memang sakit la rase macam serik la nak operate lagi lepas niey... :)










niey picture selepas operation... Masuk wad balik dengan mata bengkak tak abes nangis lagi tu... hehehe :)


lepas operation memang ada bleeding sikit sebab doctor jahit dalam so luka tu tak rapat la memang berdenyut-denyut dalam mase dua hari lepas operation... Lepas dari tu rase sakit da kurang cuma kena jaga luka and kena cuci luka everyday ( kecian my mom hari-hari kena cuci luka lepas tu kena cuci kan rambut ) hehehe... and muhammad asyraf yang always teman kan dalam mase i sakit niey :) 
Mama jaga semua makan supaya cepat baik everyday makan kukus-kukus jea... And makan ikan sahaja... hehehe :) dan hari-hari kena makan gamat with pati ikan haruan supaya luka dalam cepat baik... So far alhamdulillah everything is good cuma luka lua jea belum cantum yang dalam da elok...   

Friday 14 October 2011


Perempuan Cantik Hanya Untuk Lelaki Kacak sahaje ke?

kalau pergi makan dekat mall atau mane-mane tempat makan kan,selalu nampak couple2 makan bersama lah kan.mule la korang cakap!eh eh,lawa lah awek dye tapi kenape bf dye tak hensem langsung,macam muke pecah rumah pon ade" atau camnie "eh,hensem giler boy tue! tapi kenape lah gurl yang tak cantik tue dye pilih.Korang pon mesti kadang-kadang berade dalam situasi yang sama kan ? takkan tak pernah terdetik dalam hati kowt,cepat mengaku! cepatttt! HAHA..

“Eh bro, kenapa ek aku tengok awek mamat tu, cantik sangat. Sebijik macam model. Tapi try ko tengok balak dia, muka dan cara pemakaian dia, alahai macam penagih dadah dah aku tengok, muka hitam, cengkung, rambut serabai”. “Ala, apa yang ko peliknya, mungkin itu sudah jodoh dia”. betol tak? betol tak? ErrrGGHH..aku pon berade di situasi yang same! Geram Geram Geram! Sebab semua orang minat gf aku,si keylla 2 :(





{keylla sangat cantik tetibe dapat boyfriend macam kat bawah nie}
hehehe



{yelaaa,aku sedeh sebab aku tak ensem kacak macam orang lain..hmmmm :(}
{tetapi keylla tetap terima aku seadanya!tenkiu sayang..:)}


Jodoh? Ya, 90% aku setuju. Sudah jodoh mereka, kita memang tidak boleh berbuat apa-apa lagi dah. Mungkin orang zaman sekarang, tidak lagi mementingkan dan melihat rupa paras semata-mata, tetapi melihat terhadap hati budi seseorang. Mungkin walaupun muka lelaki itu seperti penagih dadah, tetapi dalam hati ada sunway lagoon, kita mana tahu kan? Hanya pasangannya sahaja yang dapat menilai semua itu. Kita yang orang luar ini, duduklah senyap-senyap. tak perlu masuk campur,shuhh! shuhh! lari jauh-jauh ye..

Dan kemungkinan ada satu lagi faktor kenapa semua ini berlaku. Kenapa lelaki kurang kacak selalunya akan mendapat awek yang cun? Mungkin lelaki itu hebat dalam selok-belok percintaan. Dia mungkin lebih romantis dan pandai mengambil hati. Jadi, mereka mungkin menjadi lebih istimewa di mata perempuan. Selain itu, kemungkinan kenapa perempuan tidak memilih lelaki kacak sebagai boyfriend ialah kerana perempuan tahu yang KEBANYAKKAN lelaki kacak ini ramai yang playboy atau kaki perempuan. So untuk elak dari dipermainkan awal-awal, perempuan mengambil langkah bijak untuk tidak memilih lelaki kacak. HAHAHA! betol tak? betol tak? kang tak pasal-pasal makan hati dengan pakwe sebab ramai perempuan nak usha takpon dok menggatal dengan perempuan laen..ArggHH..tak sanggup!

Dan kenapa selalunya lelaki kacak mesti bercinta dengan perempuan kurang cantik? Kemungkinan lelaki itu menganggap perempuan yang cantik ini kaki kikis duit, melecehkan, nak itu nak ini, nak gincu ini, nak mekap ini. Cerewet lah senang kata kan..Yela, nama pun perempuan cantik kan. Jadi sebelum duitnya dirembat oleh perempuan yang cantik, jadi lelaki itu mengambil langkah awal-awal untuk bercinta dengan perempuan yang kurang cantik. Huh! agak kejam disitu..kudukut! HAHA

Apapun, sebenarnya ini adalah pilihan masing-masing kan. Kita tidak berhak hendak pertikaikan hak masing-masing. Setiap orang mempunyai taste yang berbeza-beza. Namun aku faham, kebanyakkan orang termasuk aku mudah untuk masuk campur atau menyibuk hal orang. Jadi, bersama-samalah berdoa agar kita (asyraf n keylla) dan pasangan2 yang lain akan kekal sampai ke akhir hayat. InsyaAllah..


kesimpulannya: rupe paras tak penting,yang penting hati budi seseorang tue okae..jangan pandang rupa dan kekayaan sahaje..pandanglah sikap,hati budi serta perilaku seseorang tue,InsyaAllah akan kekal bahagia selama-lamanya..DAN! jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN. No One Perfect. Don't Judge a Person by his or her Past.Grateful because she always there beside me!iloveunuraqilahbintiroslan!terima kasih sebab sentiasa terima hubby!hubby janji xkan sia2kan sayang! 

Saturday 8 October 2011

TQ dear :) ♥



hubby terima kasih sebab teman i n my grandmother beli barang sume tadi :) 
i mintak maaf kalau susah kan u ke ape... but i know u akan cakap tak ape la tak de susah pun... kesian u kena ikut ke sana ke sini... hehehe :)  i sayang u sangat2 b... tak ade sape pon can take u from me okay !! yang lepas just memory n now is our future... 



jumpa baby sara yang sangat cumel... okay, diew macam suke u sebab ngan mama pun diew nangis... but jangan marah baby sara lebih suka i dari u :)



tq again... i hapy setiap kali ngan u :) 7months n will be forever darling...

muhammad asyraf bin rasnol'aided * hubby :)


Friday 7 October 2011

Persahabatan ♥

* Saling menghargai antara satu sama lain...

* Kejujuran amat penting kerana sahabat yang menguntungkan adalah seorang sahabat yang suka berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada anda...

* Dalam islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya lebih dari dirinya bukan memburuk-burukkannya...

* Sifat ikhlas pula memberikan kesegaran kepada jiwa. Dan membuat hati kita gembira dan tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Saling bantu membantu...

* Kalau tidak ikhlas jiwa kita akan menjadi rosak dan berdendam...

* Cuba kita renung dan berfikir sejenak bertanya dengan diri kita sendiri adakah kita jujur terhadap sahabat-sahabat kita...

* Sekiranya kita telah jujur dalam persahabatan Alhamdulillah. :)




note * Dosa kita dengan yang atas tu kita boleh mintak ampun dan boleh buat taubat nasuha tanda kita          menyesali perbuatan kita. Tapi dosa kita menyakiti hati dan perasaan orang lain tu kalo orang tu tak maafkan susah la kita :)))







Friday 30 September 2011

Ciri-ciri sahabat yang baik :) ♥

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu...
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas persahabatan kamu...
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu...
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik...
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu...
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya...
# Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya...

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu...
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu...
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu...
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu...
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan...
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat...
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat...






Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.





Sunday 11 September 2011

aku tidak mampu kehilangan kamu

aku sentiasa mengingati diri aku sendiri.hari ini aku meningati juga untuk kamu!
jika sesat di hujung jalan,kembalilah ke pangkal jalan!
tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang,jangan berpatah balik,teruskan perjalanan!
jika kita boleh bersabar untuk beberapa lama perhubungan kita,hanya ada beberapa tahun saja lagi untuk kita bersabar!kita sudah semakin dewasa!yang penting kita positifkan pemikiran dan perasaan kita!kita berada di jalan yang betul cuma rintangannya saja!kita mesti atasi dan teruskan hubungan kita!
memang senang cakap!
tapi aku merayu supaya kita dapat teruskan juga!=(

mengapa terjadi semu ni!apakah dosa aku terlalu besar hingga kamu tidak sudi lagi memaafkan aku?apakah kamu tidak sedar aku adalah cermin kepada diri kamu sendiri?=( kamu dan aku kita saling mencorakkan semunya!sedarkah kamu yang kamu juga pernah melakarnya bersama?jadi bertanggungjawablah!jangan lari!binalah semula hubungan kita =( kerana cinta yang ada di tangan kamu kini adalah nyata.cinta yang kamu buru dulu hanyalah kenagan saja! =(

aku akan berusaha mengembalikan dia kepada cinta yang nyata walaupun aku yang terakhir baginya!
aku akan berusaha =(

jangan pergi padanya kerana kenangan dahulu!jangan pergi padanya kerana terkenangkannya!jangan pergi padanya kerana merinduinya!jangan pergi padanya keran kekeliruanmu!jangan pergi padanya! =( 

aqilah! =(
ingat x awak pernah tanya saya.awak sayang saya?saya jawab sayang!awak cakap yela!awak cakap saya x ikhlas.!
awak tanye lagi.awak nak jadi husband saya?saya jawab mesti lah saya nak!awak cakap saya x romantik!
annversarry kita awak wish dulu!saya lambat.awak merajuk!maafkan saya!
awak bgtaw saya awak txt gan kawan awak.saya buat biasa je!kawan la saya x kisah pun!tapi sbnrnya saya cmburu sikit.cuma saya xkan cakap.
awak mnx izin nak txt kawan laki awak!saya kata nak buat apa.?awak merajuk.awak kata saya x xpercaya awak.saya cakap.txt la saya xde hak nak halang awak.tapi sbnrnya saya percaya!saya cuma nk taw je sbab awak orang yang paling saya sayang!

ye mmg saya x rmantik!
mmg saya sllu pelupa!
tpi percaya la saya sayang awak!
lebih dari segalanya!
=(

Thursday 25 August 2011

Koleksi hadiah untuk perempuan ♥

Koleksi Hadiah Hari Jadi Untuk Si Gadis/Isteri


Bunga :)

bunga lambang romantik dan sweet. So, memang tak hairan la kenapa perempuan semua suka kalau ada orang bagi bunga. Walaupun bagi lelaki ''ish, bunga fresh mahal laaa.... nanti kering jugak'' tapi perempuan tetap suka. So, jangan bising kalau da sayang beli kan ajeeee....



Chocolate :)

perempuan suka dengan benda-benda yang sweet dan coklat tak terlepas dari rasa manis tuuu... Dari semurah-murah coklat kalau dah memang coklat namanya tetap dia suka.. So, kalau tengah tak ade duit.. Cadbury pun dah cukup untuk membuat dia tersenyum. Tapi jangan lah banyak-banyak nanti gemuk plak....



Teddy bear :)

kebanyakan perempuan suka dengan patung-patung yang soft niey, dengan memeluk teddy bear masa tidur mereka lebih tenang dan selesa...



Handbag :)

ini merupakan teman baik perempuan okay... Kemana je dia pergi memang yang niey wajib bawa untuk mengisi macam-macam barang keperluan mereka.. So, jangan risau kalau bagi handbag terjamin perempuan akan pakai...

 


Perfume :)

sebagai perempuan perfume niey basic things lahhh yang perlu ada dalam almari mereka & mereka suka kalau dapat hadiah perfume tambah-tambah dari yang tersayang... Tapi make sure korang tau brand & jenis bauan yang di minati girl korang tuuu...


 


Suprise party :)

kebanyakan girl memang suka dengan kejutan. Suprise party mampu untuk buat perempuan ceria dan mencipta memori indah baginya. Walaupun bday party tu korang buat kecil-kecilan jeee dah cukup untuk buat perempuan tuu terpikat dengan korang sebab mengingati hari jadinya...



Aksesori :)

perempuan dengan aksesori memang tak boleh dipisahkan sebab aksesori niey merupakan pelengkap dalam penampilan. So, carilah aksesori yang mereka selalu pakai cthnya, bracelet, necklace... Kalau buah hati bagi confirm asyik pakai tuuu je...



Kasut :)

untuk lelaki 1-2 pasang kasut dah cukup... Tapi perempuan niey lain. Seboleh-bolehnya mereka ingin mengayakan kasut mengikut kesesuaian event, baju, keselesaan dan lain2... So, tak hairan laa perempuan boleh ada satu almari besar kasut...

  


Barang kegemaran si gadis :)

niey last choice, kalau dah memang buntu tak tahu nak bagi apa... Cuba korang tanya member-member si dia apa yang dia suka or lagi bagos kalau korang sendiri yang tau ape si dia suke... Lagi caring kannn :)