Friday, 30 September 2011

Ciri-ciri sahabat yang baik :) ♥

# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu...
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas persahabatan kamu...
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu...
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik...
# Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu...
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya...
# Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya...

# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu...
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu...
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu...
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu...
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan...
# Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat...
# Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat...






Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.





No comments:

Post a Comment