Sunday 21 August 2011

Pengorbanan seorang ibu ♥

Kita lahir dari perut mak :)

Bila dahaga, yang susukan.... mama
Bila lapar, yang suapkan.... mama
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.... mama
Kata mama, perkataan yang pertama aku sebut... mama
Bila aku bangun tidur, aku cari.... mama
Bila nangis, orang pertama yang datang.... mama
Bila nak bermanja, aku dekati.... mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mama
Bila bersedih, yang boleh memujukku hanya.... mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mama
Bila takut, yang tenangkan aku.... mama
Bila nakal, yang memarahi aku.... mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mama
Aku selalu teringatkan... mama
Bila sedih, aku mesti telipon.... mama
Bila seronok, orang pertama yang aku bagitau... mama
Bila bengang, aku suka luah kat... mama
Bila sakit, orang yang paling risau.... mama
Bila exam, orang yang paling sibuk juga.... mama
Bila buat hal, orang yang marah dulu..... mama
Bila ada masalah, orang yang paling risau... mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari niey... mama
Yang selalu masakkan makanan kegemaranku.... mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku... mama
Yang selalu berleter kat aku... mama
Yang selalu puji aku... mama
Yang selalu nasihat aku... mama
Bila nak kahwin nanti orang pertama yang aku rujuk.... mama

renungkan :

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mengganti lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya....


seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak. Kos upah membantu ibu :)

1. Tolong pergi kedai : RM4.00
2. Tolong jaga adik : RM4.00
3. Tolong buang sampah : RM1.00
4. Tolong kemas bilik : RM2.00
5. Tolong siram bunga : RM3.00
6. Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

1. Kos mengandungkanmu selama 9bulan : PERCUMA
2. Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3. Kos airmata yang menitis keranamu : PERCUMA
4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5. Kos menyediakan makan, minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasihku : PERCUMA

airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibunya, memeluk dan berkata.

''saya sayangkan ibu''

kemudian si anak mengambil pen dan menulis 

''telah dibayar''

pada muka surat yang sama ditulisnya




mama :) iloveus0much.....

No comments:

Post a Comment