Saturday 20 August 2011

Definisi cinta ♥



cinta itu komitmen 
tak boleh main-main.. Cinta perlu komitmen.. Bukan main campak buang semacam.. Perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin...
tak boleh nak gadoh, paksa-paksa, dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan.. Untuk yang dah berkahwin nafkah wajib diberi.. Amanah sebagai suami isteri wajib dipenuhi...

cinta itu naluri
cinta itu dihati.. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.. Jika tak nak disakiti kita jangan menyakiti orang lain.. Jika nak disayangi kita kita akan memberi kasih sayang seluhurnya...
Jika ada rasa bimbang, sama-sama kita akan merasa.. Macam cinta ibu kepada anak-anak.. Mereka sering dapat merasakan apa yang anak-anak mereka buat.. Yang baik atau yang tak baik...

cinta itu fitrah
bila Nabi Adam dicipta, baginda merasa kesunyian.. Allah ciptakan hawa sebagai peneman.. Rasa ingin disayangi dan menyayangi itu firah manusia.. Cinta itu benar dan suci...

cinta sering terletak dipuncak
bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi.. Itulah nilai yang mengikat kita semua  untuk terus bersatu.. Sekuat cinta tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup...

cinta itu sifatnya altruistic
melebihkan orang lain dari diri sendiri.. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi... Bila ada niat untuk membahagiakan orang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna... Bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita menambah nikmat untuk kita :)




No comments:

Post a Comment