Thursday 25 August 2011

6 cara eratkan hubungan ♥

Jadi seorang yang bersifat kelakar

orang yang bersifat kelakar mudah didekati kerana mereka lebih disayangi. Begitu juga didalam perhubungan, ia dapat membantu untuk meredakan situasi yang tegang, membantu untuk mengelakkan pertengkaran dan melupakan sebentar tekanan yang dihadapi. Jika kita terlalu serius hubungan kita akan menjadi bosan dan menyebabkan jurang komunikasi antara pasangan itu sendiri. 

Ciuman (yang da married lahhh)

ciuman akan menambahkan lagi keintiman hubungan pasangan tersebut. Tunjukkan rasa hormat pada si dia. Walaupun perkara ini mudah tetapi ramai pasangan yang sudah berkahwin tidak mengamalkannya. Disebabkan faktor ambil mudah inilah kadang-kadang dapat dilihat hubungan pasangan yang sudah berkahwin itu tidak mesra. 

Penghargaan

setiap manusia amat suka dihargai kerana ia membuat diri terasa bernilai. Walaupun sesuatu perkara itu nampak mudah untuk dilakukan seperti menyediakan makanan dan sebagainya. Ucapan terima kasih penting sebagai tanda penghargaan. Semakin kerap anda mengucapkan kata-kata penghargaan kepada seseorang ianya dapat mengeratkan lagi hubungan itu.

Memberi kejutan

kejutan dapat memberikan suatu ingatan dalam hidup seseorang. 98% menyatakan bahawa mereka masih mengingati lagi terhadap kejutan yang diberikan terutamanya dari orang yang tersayang. Dalam hubungan kadang-kadang memerlukan kejutan. Ia akan menghasilkan memori indah buat pasangan. Sekiranya hubungan itu terdapat perselisihan paham dan sebagainya, mengenang kembali memori indah yang dilalui dapat membantu meredakan kemarahan.

Jadi seorang pengemar sejarah

kenangan manis atau pahit yang dilalui bersama pasangan perlu untuk diceritakan semula untuk menunjukkan bahawa anda masih mengingati dirinya dan sebagai tanda penghargaan kepada dirinya kerana setia menemani anda. 

Jadi seorang yang pemaaf

manusia pasti ada melakukan kesalahan dan anda perlu sentiasa bersedia memaafkannya. Kesukaran memaafkan seseorang akan mengeruhkan lagi hubungan itu. Apabila sudah memaafkan, jangan sesekali mengungkit kesalahan yang telah dilakukan kerana ini akan membuat mereka berasa rendah diri.








No comments:

Post a Comment