Tuesday, 26 July 2011

Pesanan ♥



Setiap orang adalah unik. Setiap orang ade kelebihan dan kelemahan tertentu. Tidak ada yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Setiap orang tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, sakit dan bermacam-macam lagi. Tidak perlu
berasa susah hati sekiranya anda gemuk, tidak menarik, terlalu rendah ataupun cacat.

Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan
mampu berbuat apa sahaja mengikut kehendak-Nya.

Sering kali kita berasa rendah diri dengan kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan kerana orang yang cantik sangat fobia menjadi buruk berbanding orang yang semulajadi buruk.

Setiap kedutan diwajah akan dirawat. Saat menjadi buruk pasti akan tiba. Bagaimana perasaan sicantik
apabila menjadi buruk ?

Kadang-kadang setiap manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh buat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan setimpal diakhirat.

Jika kita buruk setidak-tidaknya kita bebas dari rasa riak dan takbur. Wanita yang cantik gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah untuknya.

Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hati. Buruk, cantik, rendah, cacat, itu semua hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar.

Hargailah diri kita kerana kewujudan kita membuktikan kekuasaan Allah. Cantik seseorang itu bukan hanya pada lahiriah, tapi pada perbuatan, amalannya, hatinya dan bathiniahnya.

erm, untuk renungan bersama :)


No comments:

Post a Comment