Thursday, 14 July 2011

Kerana kamu kesayanganku ♥

diamku tak bererti aku membenarkan setiap kata itu memberi satu rasa akan ketetapan yang berlaku.. Diam aku bukan juga mengiyakan apa yang telah kau lakukan dan terus menerus merencanakan akan satu kebetulan.. Kadang tiada satu kedengaran setiap butir bicara dariku bukan bererti aku langsung tidak pedulikan kau.. Kerana aku sayang kan kau..

dan bila kedengaran laungan dariku bukan juga melukakan tapi kerana aku amat menyayangimu.. Dengar sayup-sayup suaraku seakan menyentak nalurimu bukan kerana tiada kasih yang datang.. Bukan kerana pudarnya cinta yang bersemi.. Kerana aku sayang kan kau..

walau kadang hatiku terluka.. Terguris dalam yang pedih.. Meratap sayu diam-diam walau kadang lagakku disalah erti.. Namun untuk mengalah bukan caraku.. Akan ku cuba untuk terus menduga rasamu.. Agar kita akan terus ada.. Kerana aku sayang kan kau..

aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri.. Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan.. andai aku jumpa jalan.. Tak akan aku biarkan kau sesat mencari jalan pulang.. 
Kerana aku sayang kan kau..

dan andai aku terleka.. Dan terlupa akan janjiku.. Tolong ingatkan aku.. Bahawa adalah kesayanganku.. Kerana kadang aku takut akan rasa ini hadir telah pudar akan rasa marahku.. Akan hilang bila senduku jemu..

doaku cuma satu agar kita terus kuat akan menghadapi dugaan dan rintangan, ujian dalam menghadapi setiap apa yang telah ditakdirkan.. Kerana kita adalah hambaNya diuji akan kekuatan ukuran iman..

sayang dia kerana dia jodoh kita, lihat dia kerana dia syurga kita, peluk dia kerana dia hangat cinta kita, senyum padanya kerana dia matahari kita.. Percaya pada takdir kerana andai tersurat dia jodoh kamu, maka terimalah dia seadanya sebagai milikmu :)  

No comments:

Post a Comment