Friday, 15 July 2011

Andai lelaki tahu ♥

apabila seorang wanita jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya..
apabila seorang wanita menangis, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
apabila seorang wanita marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah itu bermakna dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..
andai wanita berkata mahu anda berubah, bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tapi untuk masa depan anda..
apabila wanita cemburu, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang perlukan sepenuh perhatian..
apabila wanita merajuk, jangan kata dia mengada2, dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat wanita rasa dihargai..
apabila wanita jarang mengatakan iloveu, tak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya..
apabila wanita berkata lelaki lain itu lebih baik dari anda, jangan percaya kerana dia hanya menguji sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya..
apabila wanita berkata ''tolong tinggalkan saya!'', bukan bermaksud menyuruh anda pergi selamanya tetapi dia hanya mahu menenangkan fikirannya apabila dia tenang percayalah dia akan mencari anda kembali..
Allah menciptakan lelaki dan wanita itu berbeza tetapi sekiranya mereka saling memahami mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
hargailah kehadiran seorang wanita dalam hidup anda kerana dia bukan didatangkan dengan kelemahan tetapi dengan kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna..
 

No comments:

Post a Comment