Suka menyampuk
apabila mendengar cerita cepat bosan, hilang sabar, dan suka menyampuk. Cerita tak didengar dengan tekun.
Memerintah
apabila memerlukan sesuatu dia seakan-akan memberi perintah bukannya permintaan.
Bergurau kasar
gurauan kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecikan wanita.
Cepat naik angin
cepat naik angin, suka mengutuk, suka mengkritik, dan meninggikan suara membuat wanita menjauh hati.
Cakap besar
sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dia saja yang paling baik.
Suka mengawal
masalah atau keluhan tidak didengar dengan tetapi dengan cepat memberitahu apa yang patut dilakukan atau tidak.
Ego sebesar gajah
sukar meminta maaf walaupun sedar kesilapan, sukar mengakui kesilapan, dan tidak mahu meminta pertolongan.
Lokek beri pujian
lelaki suka menerima pujian tetapi berat memberi pujian.
Pengotor
tiada wanita yang tahan dengan lelaki yang bersifat pengotor dalam soal kebersihan diri atau apa saja.
Lupa hari-hari istimewa
wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang bila lelaki mengingati hari-hari istimewa.
No comments:
Post a Comment